Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY



Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY | Bayi baru lahir sangat istimewa. Kelahirannya sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri sama ada kelahiran anak pertama atau yang seterusnya. Istimewanya bayi baru lahir ini telah menyebabkan segala persediaan mengikut kehadiran menyambut kehadirannya sangat istimewa dan terancang. Termasuk juga setiap hadiah yang ingin diberikan kepada bayi yang baru lahir, sudah tentu sangat eksklusif dan istimewa. Sehinggakan kadang kala buntu untuk mencari hadiah yang betul-betul sesuai, berkualiti dan terbaik buat si bayi.

Usah buntu lagi, di sini Atul ingin kongsikan satu laman web yang pakar dalam menyediakan barangan keperluan peribadi bayi dan setiap koleksi memiliki kualiti premium dan sangat eksklusif. Atul telah jalan-jalan ke laman web ini, dan berasa sangat rugi jika tidak berkongsi dengan anda semua tentang koleksi peribadi bayi yang mereka tawarkan.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

RAPH & REMY menampilkan barangan keperluan bayi yang cantik bergaya, tahan lama, berkualiti premium dan berbentuk peribadi eksklusif. RAPH & REMY adalah sebuah jenama yang berpusat di Singapura. Selain kedai maya, RAHP & REMY juga memiliki kedai berbentuk fizikal.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

RAPH & REMY menawarkan barangan keperluan bayi serta koleksi hadiah peribadi eksklusif untuk bayi dan pastinya ia berkualiti premium. Setiap barangan keperluan dan hadiah untuk bayi ini dibungkus dengan cantik, disajikan dengan penuh kasih sayang dan paling penting akan kelihatan sangat eksklusif dan istimewa.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Setiap barangan bayi keluaran RAPH & REMY berasaskan fabrik bamboo organik yang sangat lembut, selesa dan sesuai dipakai oleh bayi. Sudah semestinya pilihan fabrik RAPH & REMY mengambil kira tentang keadaan iklim, kesan pemakaiannya yang mana ia tidak akan menyebabkan reaksi alergi pada kulit bayi dan diperakui OEKO-TEX bebas daripada bahan kimia berbahaya. Mereka juga bekerjasama dengan pengeluar fabrik mesra alam terkemuka di Asia.

Jadi, sudah semestinya barangan bayi RAPH & REMY mesra alam, dan paling penting sangat memberi keselesaan kepada bayi dalam apa jua keadaan. Ini kerana RAPH & REMY sangat mementingkan kualiti bahan yang digunakan, selamat, asli dan lestari. Tujuannya untuk melindungi bayi dan alam sekitar yang sangat berharga nilainya.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

RAPH & REMY percaya setiap produk mereka akan memberi keselesaan dan kepuasan kepada semua.  Penggunaan produk mereka akan menjadi memori indah kepada anda yang memilikinya, terutama mama dan papa si bayi. Ini kerana setiap produk RAPH & REMY yang anda miliki atau hadiahkan kepada si tersayang adalah sangat berkualiti premium dan mampu digunakan sehingga bertahun lamanya.

10 sebab kenapa RAPH & REMY memilih fabrik berasaskan bamboo organik


Fabrik bamboo ialah fabrik yang di hasilkan daripada buluh. Sebenarnya buluh dikategorikan sebagai sejenis rumput dan mempunyai banyak kelebihan. Fabrik Bamboo selalunya digunakan dalam penghasilan pakaian bayi serta sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.

Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY



Mengapa fabrik bamboo?

  • Serat semulajadi
  • Secara semula jadi fabrik bamboo mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang menghalang pertumbuhan bakteria.
  • Anti Kulat
  • 3 kali lebih banyak menyerap daripada kapas. Tekstur fabriknya bersifat ringan, lembut dan dapat menyerap air dengan baik sert berkeupayaan memberi kelembapan semula jadi
  • Memiliki serat yang halus sehingga tidak mudah lembab dan tidak mudah berbau
  • Fabrik bamboo bersifat telap udara (breathable), tidak panas dan mempunyai ruang pernafasan
  •  Membantu mengelakkan kerengsaan kulit (rashers)
  • Buluh boleh tumbuh secara sendiri dan cepat tanpa menggunakan racun perosak & bahan kimia
  • Sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan iklim
  • Hypoallergenic

Menarikkan fabrik bamboo ni? Inilah antara sebab kenapa RAPH & REMY memilih fabrik bamboo dalam menghasilkan barangan keperluan bayi.

Di RAPH & REMY terbahagi kepada 5 pilihan utama dan setiap satunya mempunyai pecahan produk yang sangat menarik untuk dimiliki.

Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

1# Personalised Baby Gifts (Hadiah Peribadi bayi)


Personalised Baby Gifts

 Personal Baby Gifts


Bergaya. Lestari. Peribadi eksklusif. Sesuai dengan tagline-nya, RAPH & REMY menyediakan hadiah istimewa untuk bayi. Setiap pilihan hadiah yang anda pilih daripada premium bamboo baby essentials boleh ditambahkan dengan sentuhan keperibadian eksklusif seperti meletakkan nama bayi di setiap fabrik. Menarikkan? 

Jadi, inilah cara RAPH & REMY meraikan kehadiran bayi yang baru lahir, iaitu dengan menyediakan hadiah yang sempurna dan sangat istimewa, apa yang pasti, seluruh dunia mampu memilikinya.

Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket dibuat daripada 100% buluh organik. Ini kerana fabrik buluh organik ini adalah kain yang paling mesra alam dan  memberi keselesaan ketika menggunakannya. Fabrik buluh ini merupakan salah satu fabrik paling lembut di dunia. Untuk pengetahuan semua, buluh organik adalah tumbuhan yang bebas daripada racun perosak, mampan dan sumber yang boleh diperbaharui.

Fabrik ini diperakui oleh OEKO-TEX, sangat lembut seperti sehalus sutera. RAPH & REMY Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket bersifat anti bakteria dan mampu menyerap tiga kali lebih serapan daripada kapas organik terbaik, kebolehan kelembapan semula jadi fabrik ini akan menjadikan bayi mudah untuk dikeringkan, berasa selesa, bebas bau yang tidak menyenangkan dan segar sentiasa. Sifat fabrik ini telah menyebabkan ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja tidak kira ketika musim panas mahupun musim sejuk serta boleh dijadikan terapi ketenangan minda.

Ciri-ciri yang terdapat pada Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket adalah:

👉 100% Organic Bamboo
👉 OEKO-TEX® certified
👉 Prewashed and stays soft wash after wash
👉 PU leather badge
👉 Cold hand or gentle machine wash
👉 Line dry in shade
👉 Size: 80cm x 100cm

Baca info: Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket

Organic Bamboo Baby Towel & Mitt


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Penyerapan yang optimum. Itulah keistimewaan tuala ini. Set RAPH & REMY ™ Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan tampak mewah dibuat dari buluh organik berkualiti terbaik. Tiga kali lebih penyerapan daripada kapas organik terbaik, tuala RAPH & REMY membantu mengeringkan kulit bayi yang lembut itu dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa.

Organik Bambu Baby Towel & Mitt merupakan fabrik pilihan mesra alam, ini kerana ia juga diperakui OEKO-TEX® serta dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan lebih ketahanan, supaya tuala akan tetap mencuci dengan lembut walaupun selepas dicuci. Fabriknya sentiasa cantik. Bukan hanya salah satu kain yang paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Hipoalergenik, antibakteria dan bebas racun perosak, set ini dibuat dengan mempertimbangkan keadaan kulit bayi yang baru lahir. Untuk kegunaan seharian, set ini adalah hadiah yang sangat praktikal dan ideal kerana bersaiz sempurna untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun. Menampilkan reka bentuk yang lembut di atas tudungnya serta terdapat perincian sulaman

👉 92% Organic Bamboo / 8% Microfibre
👉 OEKO-TEX® certified
👉 Prewashed and stays soft wash after wash
👉 500gsm
👉 Newborns – 3 years
👉 Cold hand wash or gentle machine wash
👉 Line dry in shade
👉 Size: 75cm x 75cm

Baca Info: Organic Bamboo Baby Towel & Mitt

BubbleGummy Teethers


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

BubbleGummy™ Teethers merupakan koleksi buatan tangan yang dipenuhi dengan manik silikon 100% gred makanan yang berkualiti tinggi dan bebas daripada BPA. Kayu beech asli premium yang tidak dirawat telah menjadikannya kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Manik-manik silikon lembut itu mempunyai ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi yang sakit sementara cincin kayu beech asli memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi mengigit-gigitnya.



RAPH & REMY Bubble Gummy teethers terdapat dalam pelbagai warna pelangi pastel yang indah. Ia adalah aksesori yang mesti dimiliki oleh mana-mana bayi yang mempunyai gigi. Ia juga mempunyai ukuran yang tepat untuk digenggam oleh bayi. Bayi-bayi akan mengunyahnya sehingga hati kecil mereka puas.

👉 Age: 3 months +
👉 100% food grade silicone beads
👉 Untreated natural beechwood ring
👉 FDA approved and EN71-3 certified

Premium Bamboo Swaddles


 Premium Bamboo Swaddles

RAPH & REMY ™ Premium Bamboo Swaddles dibuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas yang dibuat hanya untuk koleksi RAPH & REMY. Penggunaan kain Sutera lembut & unik seperti kain buluh adalah pilihan fabrik terbaik dan berkualiti. Fabrik ini mampu menyerap tiga kali lebih ganda daripada kapas biasa.

Keupayaan fabrik ini bernafas secara semula jadi, tanpa bau dan fabrik yang segar, mampu mengeringkan kulit bayi dengan lembut dan selesa. Kelebihan fabrik ini adalah ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Ia akan menjadikan bayi lebih panas pada musim sejuk dan lebih sejuk pada musim panas. Hal ini dapat mengurangkan risiko bayi terlalu panas dan menjaga keselamatan bayi sambil memberi ketenangan kepada bayi dan ibu bapa.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Serat semula jadi adalah sifat fabrik ini telah menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Ia juga boleh bertahan lama walaupun telah dicuci dan dijamin kekal lembut. Ia juga sesuai digunakan untuk pelbagai fungsi.

Ciri-ciri Premium Bamboo Swaddles adalah:

👉 100% Bamboo Viscose: Blushing Mulberry, Rainforest Green, Midnight Blue, Feather White
👉 70/30% Bamboo Viscose/Cotton: Stone Grey
👉 Pre-washed and stays soft wash after wash
👉 Cold hand or gentle machine wash
👉 Line dry in shade or cool tumble dry
👉 Size: 120cm x 120cm

SootherBuddy™ Security Blanket


 Soother Buddy Security Blanket

SootherBuddy Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia. Sangat lembut dan kelihatan sangat mewah.

Selalunya SootherBuddy Security Blanket digunakan sebagai objek yang boleh menarik perhatian bayi. Istimewanya SootherBuddy Security Blanket adalah reka bentuknya yang asli. Ia dapat menenangkan, memberi keselesaan dan mententeramkan bayi ketika mereka berpisah dari ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak selesa.

Dibuat dengan velboa kelabu semulajadi yang sangat lembut dan dihiasi dengan satin sutera, SootherBuddy Security Blanket RAPH & REMY kelihatan lebih bergaya. Ini akan menjadi teman terbaik bayi kerana sentiasa ada di sisi mereka.

👉 Hand wash in cold water and air-dry
👉 Size: blanket length 25cm

2# APPAREL


Premium Bamboo Knotted Gowns, Newborn 0-3m


Premium Bamboo Knotted Gowns

Tahukah anda, koleksi pakaian bayi RAPH & REMY adalah item yang paling selesa dan wajib dimiliki oleh mama untuk bayinya yang baru lahir. Ini kerana di sinilah setiap keselesaan fabrik itu dapat dirasai serta memenuhi gaya dan kelihatan mewah.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

RAPH & REMY Premium Bamboo Knotted Gowns yang mewah, lembut, elastik dan tidak panas. Sangat selesa untuk dipakai dan digayakan oleh bayi baru lahir. Koleksi terdapat dalam pelbagai warna dan ukuran 0-3 bulan.

👉 95% Bamboo Viscose / 5% Spandex
👉 OEKO-TEX® certified
👉 Size: 0-3 months
👉 No inner tags
👉 Pre-washed and stays soft wash after wash
👉 Gentle machine wash
👉 Line dry in shade – do not tumble dry

Premium Bamboo Onesies, Newborn 0-3m


 Premium Bamboo Knotted Gowns

Memberikan keselesaan yang sangat sempurna kepada bayi di seluruh dunia. Premium Bamboo Onesies dari RAPH & REMY fabrik yang lembut, elastik dan tidak panas kerana mempunyai ruang aliran udara yang baik.

Fabrik yang mudah diregang ini direka khas untuk mengikuti setiap pergerakan bayi. Terdapat pelbagai warna dan sesuai untuk bayi dari saiz 0-3 bulan.

Ciri-ciri Premium Bamboo Onesies adalah:

👉 95% Bamboo Viscose / 5% Spandex
👉 OEKO-TEX® certified
👉 Size: 0-3 months
👉 No inner tags
👉 Pre-washed and stays soft wash after wash
👉 Gentle machine wash
👉 Line dry in shade – do not tumble dry



3# Set hadiah eksklusif untuk bayi


Set Hadiah Untuk Bayi


https://www.raphandremy.com/products/gifts-for-a-newborn-baby-shower?variant=31869730291801

RAPH & REMY menyediakan beberapa pilihan set hadiah yang eksklusif atau anda boleh memilih sendiri setiap koleksi yang terdapat di RAPH & REMY untuk dijadikan hadiah. Set hadiah ini akan disediakan dengan penuh teliti dan kasih sayang. 

Newborn Essentials Collection Gift Set

 Newborn Essentials Collection Gift Set


Newborn Essentials Collection Gift Set mengandungi semua yang diperlukan oleh mama untuk menyambut kelahiran bayi. Semua barang keperluan bayi disediakan dalam satu set hadiah yang premium tanpa mengkhususkan kepada satu-satu jantina. Ini bermaksud ia sesuai dipadankan buat bayi lelaki mahupun bayi perempaun.

Koleksi hadiah ini termasuk Beg Canvas Tote Premium RAPH & REMY yang sangat istimewa, dan sangat mudah dibawa! Semua item dalam set ini diperakui OEKO-TEX®.

Penjimatan sehingga 20% akan anda dapat dengan pembelian set hadiah ini.
👉 Premium Bamboo Onesies – Duo Set (0-3m)
👉 Premium Bamboo Knotted Gown (0-3m)
👉 Premium Bamboo Swaddle 
👉 Premium Bamboo Mittens – Duo Set (0-6m)
👉 Premium Bamboo Reversible Slouch Beanie (0-6m)
👉 Premium Bamboo Baby Booties (0-6m)
👉 Premium Bamboo Baby Socks – Duo Set (0-3 + 3-6m)
👉 Premium Canvas Tote Bag
👉 Gift Card

Setiap set hadiah RAPH & REMY disertakan dengan kotak yang cantik dimana ianya boleh digunakan semula untuk menyimpan barang-barang peribadi khasnya.


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Anda juga akan menerima
👉 Pembungkusan kotak hadiah secara percuma
👉 Kad hadiah & perkhidmatan pesanan peribadi percuma
👉 Beg Tote Kanvas Premium RAPH & REMY percuma
👉 Penghantaran standard percuma hanya di Singapura
👉 Penghantaran DHL Express di seluruh dunia 1-3 hari bekerja

Menarikkan barangan keperluan bayi dari RAPH & REMY? Keistimewaan yang mereka tampilkan memperlihatkan setiap si pemakai nampak lebih bergaya, dan kelihatan mewah. Kualiti produk sentiasa diberi keutamaan. Keselesaan pengguna ketika mengguna fabrik keluaran mereka adalah kepuasan mereka.

Untuk ketahui lebih banyak lagi barangan keperluan bayi dari RAPH & REMY, anda boleh lawati di laman web mereka iaitu www.raphandremy.com


Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY

Selain itu, anda juga boleh lawati di

Sebarang pembelian produk boleh dibuat dengan melawati laman web mereka di www.raphandremy.com

Semoga perkongsian ini memberi idea kepada anda yang sedang mencari hadiah eksklusif untuk diberi kepada mama dan bayi yang bakal dilahirkan.

29 comments:

  1. comel-comel gifts dari raph & remy ni..paling best bila boleh letak nama baby kat gift...boleh la belek nanti, nak cari juga hadiah untuk anak buah ni...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Menarik. Beranak zaman sekarang macam² ada. Hehe

    ReplyDelete
  4. Menarik brand baragan baby ini 😊

    ReplyDelete
  5. Pakej lengkap utk baby. Semua ada dpd koleksi pakaian smpaikan mainanan.

    ReplyDelete
  6. Wah. Banyak pilihan produk dia dan comel2 je semuanya. My SIL ada beli untuk her kids and she loves them so much.

    ReplyDelete
  7. Comelnya barang baby kat sini! Boleh la yaya survey untuk baby yaya yang tengah otw ni hee. Bagus juga ada pilihan gift set. Boleh belikan sebagai hadiah juga

    ReplyDelete
  8. Entah kenapa bila baca je nama label ini teringat kat Remy Ishak pulak haha... kut Remy ada share kr huhu..

    ReplyDelete
  9. Geram le plak nengok barangan baby ni, lama dah takde baby, yang ada anak sedara...boleh juga nanti belikan untuk mereka...

    ReplyDelete
  10. Menarik la Bubble Gummy teethers tu. Nanti nak try untuk anak k.sal. Rasanya tengah gatal gusi nak tumbuh gigi

    ReplyDelete
  11. Hee comel sangat aih kalau berkait barangan baby ni. Hehehe. Sesuai sangat bagi gift.

    Wahh menarik. RAPH & REMY ni dari fabrik bamboo organik. mesti selesa

    ReplyDelete
  12. design product baby semuanya nampak stylish dan eksklusif! Boleh beli untuk dijadikan hadiah kepada yang mengandungkan baby PKP

    ReplyDelete
  13. Menariknya boleh cuba beli untuk next baby. Kain baju nampak selesa untuk baby pakai

    ReplyDelete
  14. Cantik koleksi dia. Boleh Qiss belikan untuk kawan yang bakal dapat baby nanti. Memang menarik fabrik dia sebab guna bamboo kan. Banyak kelebihan fabrik jenis ni dan lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  15. Banyak pilihan dekat sini. .geram je tengok. Dibuat dri bamboo tu. Kita takde baby, tapi boleh beli utk sesiapa yg baru jadi ibu atau bakal ibu kan

    ReplyDelete
  16. produknya eksklusif dan sure baby comel je bila pakaikan. Suke theme blog ni kemas

    ReplyDelete
  17. Cantik2 kan barang2 Raph&remy ni. Rasa ekslusif sgt..

    ReplyDelete
  18. Comel sangat. Packaging nya pon cantik. Kalau ada anak kecil boleh juga beli ni. Sesuai buat hadiah untuk mereka yang baru dapat baby.

    ReplyDelete
  19. comelnyaaaa tak sangka ada service macam ni. rasa mcm have have :)

    ReplyDelete
  20. Alahhh comel-comel je barang baby ni. Geram dok nengok ni. Anak nina pun dah besar-besar dah tapi boleh la kita bagi pada mereka yang baru dapat baby kann

    ReplyDelete
  21. Kita suka sangat personalised gift macam ni cantik lepastu ada sentimental value

    ReplyDelete
  22. Hadiah dan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir dari RAPH & REMY ni mng npk cute and cantik2 semuanya

    ReplyDelete
  23. dah lah comel warnanya.. byak pilihan lagi.. nak cari hadiah utk baby boleh lah beli kat sini

    ReplyDelete
  24. semua comel dan cantik cantik ...

    ReplyDelete
  25. hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. Kesemua koleksinya halus dan sangat cocok sebagai kado kelahiran bayi.

    ReplyDelete
  27. Wahhhh menariknya. Tak lama lagi dapat anak buah, bolehlah tengok2. Hehe thanks atul

    ReplyDelete