Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Lembut Yang Wajib Dimiliki

Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Lembut Yang Wajib DimilikiKurma atau tamar merupakan buah yang sangat istimewa.Lazimnya buah kurma seringkali dikaitkan dengan bulan Ramadan kerana ia merupakan amalan sunnah ketika berbuka puasa. Tetapi kini penggunaan buah kurma telah meluas dan selalu dijumpai didalam menu masakan seperti kek kurma, coklat kurma, susu kurma dan kuih tart Kurma. Yummy... sedapnya.

Semua orang tahu, buah kurma kaya dengan khasiat yang banyak memberi manfaat terhadap kesihatan tubuh badan. Selain terbukti secara saintifik, dalam kitab suci al-Quran juga terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya.


Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Lembut Yang Wajib Dimiliki

Dalam banyak-banyak jenis kurma, kurma Ajwa merupakan salah satu jenis kurma yang sering menjadi sebutan orang ramai. Istimewanya kurma Ajwa ini kerana ia dikatakan sebagai kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW.

Menurut IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-347, Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwa merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. 

Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwa adalah daripada jenis kurma yang baik. 

Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa kurma Ajwa adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah. Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyatakan bahawa kurma Ajwa termasuk di dalam kategori kurma yang sederhana saiznya.

Dan Ibnu al-Athir pula menyatakan di dalam kitabnya al-Nihayah bahawa kurma Ajwa merupakan sejenis kurma daripada Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma (al-Soyhani) dan warnanya kehitam-hitaman. 

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwa Madinah adalah merupakan kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk antara kurma yang paling lazat (sedap), lembut dan harum. 

MasyaAllah, istimewa sungguh buah kurma Ajwa ni.

Kenapa ia dikatakan istimewa? Ini kerana buah kurma Ajwa merupakan kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah, warnanya kehitam-hitaman, saiznya sederhana, isinya padat dan rasanya yang sangat sedap. Jadi, tidak hairanlah kenapa buah kurma mempunyai harga yang sangat premium.

Kelebihan Mengamalkan Kurma Ajwa yang patut anda ketahui


Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwa pada waktu pagi. Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :

مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]

Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwa. Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)]

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwa itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]

Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.

7 KEUNIKAN & KELEBIHAN KURMA AJWA BERBANDING KURMA LAIN


1. DISEBUT DALAM HADIS


Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ

Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].
Disebabkan hadis yang cukup popular ini, kurma ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia.

2. CIRI YANG UNIK


Kurma ini mempunyai sifat yang unik seperti warnanya yang lebih gelap, saiznya yang lebih kecil. Isinya pula lebih tebal, lembut, mudah untuk dikunyah dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.

3. SUMBER ANTIOKSIDAN


Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.

4. MELINDUNGI DARIPADA JANGKITAN


Kurma Ajwa kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini berfungsi untuk membantu melindungi tubuh daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.

Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang.

5. KHASIAT UNTUK IBU HAMIL & MENYUSU


Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Terutama dibulan puasa, ibu hamil dan menyusu perlu mengamalkan kurma untuk kekal bertenaga. Kini, ramai yang kongsikan resipi berkaitan kurma seperti jus kurma, susu kurma, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya yang sangat berkhasiat untuk ibu hamil dan menyusu.

Secara saintifiknya, Journal of Environmental & Analytical Toxicology juga mendapati bahawa kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.

6. LEBIH SESUAI DIMAKAN OLEH PESAKIT DIABETES


Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.

Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

7. MELANCARKAN PENGHADAMAN


Selalunya ketika bulan puasa, ramai yang mudah terkena sembelit atau sukar menghadam makanan. Ini kerana kekurangan air dalam tubuh dan waktu makan yang berubah.

Jadi, amat digalakkan untuk mengamalkan kurma ajwa pada bulan puasa kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik. Secara tidak langsung masalah sembelit dapat diatasi.


Kesimpulan daripada pembacaan yang dilakukan mendapati buah kurma yang dimaksudkan dalam hadis Nabi SAW, yang mana mempunyai kelebihan bagi menghindari racun dan sihir, adalah khusus buat kurma Ajwa Madinah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan al-Qurtuby. Adapun kurma Ajwa ‘Aliyah adalah termasuk di dalam kategori kurma Ajwa Madinah.

Namun begitu, sekiranya seseorang itu memakan tujuh biji kurma (tidak kira jenis apa pun) dan ia menepati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW, maka dia memperoleh fadilat tersebut. Dan sekiranya ia tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Baginda SAW, perkara tersebut langsung tidak memudaratkannya.
Jadi, di sini Atul nak kongsikan kepada anda semua buah kurma Ajwa Asli Madinah yang wajib anda cuba. Atul pasti, sekali cuba pasti nak lagi. Buah kurma yang Atul maksudkan adalah Buah KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA).


Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Lembut Yang Wajib Dimiliki

Pertama kali Atul mencubanya, Atul rasa buah kurma Ajwa Asli Madina Rihura ini sangat berbeza dengan buah kurma yang biasa Atul makan. Kenapa Atul kata begitu?

Sebabnya buah kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) mempunyai isi yang sangat lembut, gebu dan cair dimulut ketika memakannya. Rasanya lemak dan manis-manis buah, sangat sesuai dimakan seisi keluarga.



Selain itu, Packaging kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) ini sangat eksklusif, kerana ia sangat muda dibawa ke sana sini, serta didatangkan khas dengan zip plastik yang sangat kemas.

Yang paling utama sekali, buah kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) adalah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.

KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)?



  1. Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
  2. Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
  3. Gred 1 (lebih tinggi dari gred A) dan Gred Premium VIP
  4. Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020)
  5. Kurma tidak diperam lama-lama.
  6. Kualiti premium, dijamin dan terbaik
  7. Saiz BESAR, sesuai utk kanak2, golongan tua dan muda
  8. Packaging yang menarik
  9. Sesuai dijadikan gift set/hadiah
  10. Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya
  11. Trusted dan dipercayai
  12. 1001 khasiat terbaik diantara semua jenis kurma
  13. Membantu menyembuhkan sihir dan racun dari tubuh.
  14. Digelar kurma Nabi dan kegemaran ramai.


Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) ini didatangkan dalam bentuk 3 saiz yang berbeza iaitu 100gram, 500 gram dan 1 kilogram


Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Lembut Yang Wajib Dimiliki


Harga Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) mengikut saiz

Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Lembut Yang Wajib Dimiliki

Jadi, pilihan ditangan anda mengikut pilihan saiz yang dikehendaki. Selain itu, harganya yang mampu dimiliki oleh semua orang walaupun mempunyai perbezaan latar belakang.

Bagi pendapat Atul, memang tidak rugi jika ambil saiz 1 kilogram, kerana rasanya sangat berbeza dengan kurma yang biasa Atul makan sebelum ini, mudah untuk digigit kerana isinya yang lembut dan gebu. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

So, sesiapa yang belum pernah rasa kurma Ajwa Asli Madinah, wajib dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) hari ini juga.

Cara untuk mendapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura)


Anda boleh dapatkannya daripada Agen sah seluruh Malaysia. Hanya klik Link dibawah:

Facebook Official RihuraRihura
WhatsApp: 0105012717
Instagram: rihuraherbs
Rihura Herbs Enterprise (002942099-U)

Pesanan khas untuk anda semua, pastikan membeli kurma Ajwa yang original. Hati-hati dengan kurma palsu atau kurma ajwa yang terlalu murah, dikhuatiri stok terlalu lama atau berasal dari Yaman/Iran tetapi menggunakan nama Madinah.

Akhir kata, jom amalkan kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) ini. Percayalah anda pasti akan puas hati dan rasa berbaloi membeli kurma Ajwa Asli Madinah Rihura ini.

5 comments:

  1. Sedapnya kurma ajwaaaa nak juga makan... Susah dan mahal tau ajwa ni.. Khasiat pun mcm2.

    ReplyDelete
  2. Puasa tahun ni makan kurma ni.. Alhamdulllillah tak bulan puasa pun lepas ni nak amalkan juga kurma ajwa rihura ni.

    ReplyDelete