Resipi Roti Puri Mudah dan Sedap


Resipi Roti Puri Mudah dan Sedap | Sebagai ibu ni, rasa seronok sangat-sangat bila kita masak, anak-anak suka makan. Mesti rasa lagi bersemangat nak ulang masak menu tu. Setuju kan?

Untuk entry kali ini Atul nak kongsikan resepi buat Roti Puri Mudah dan Sedap. Sebenarnya menu roti puri ni viral waktu musim PKP. Pada mulanya Atul ternampak rakan FB Atul post gambar roti puri yang dibuatnya. Sekali tengok resepinya mudah je.

Atul pun cuba buat, jadi kembong kempis kembong kempis. Haha rupa-rupanya salah teknik. Tapi licin juga anak-anak makan cicah dengan susu.

Lepas tu, kawan-kawan group WhatsApp Uni Atul pula kongsi resepi yang sama. Disebabkan anak-anak suka makan, Atul buat lagi. Kali ini guna resepi kawan Uni Atul pula. Sama juga kejadiannya kembong kempis kembong kempis haha. Tapi tetap juga habis dimakan.

Selepas kali ketiga buat roti puri ni, baru cantik kejadiannya. Hehe Almaklumlah, Atul ni bukan professional sekali masak terus jadikan. Bak kata orang, practice make perfect. Alhamdulillah, now dah tahu teknik cara buat & masak roti puri viral ni.

Jadi, hari ini Atul nak kongsikan 2 jenis resepi roti puri simple dan sedap, dan hanya guna bahan-bahan yang ada dirumah je.

1# Resepi Roti Puri Mudah dan Sedap Tanpa Yis

Bahan-bahan

1 setengah cawan tepung gandum
½  sudu besar gula
½ sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
Setengah cawan air

Cara memasak

  1. Gaul semua bahan kecuali air.
  2. Kemudian tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga doh tidak melekat ditangan (Tidak perlu habiskan air jika doh sudah okay)
  3. Kemudian bulat-bulatkan seperti bola pingpong dan ketepikan. Biarkan doh rehat selama 15 minit.
  4. Akhir sekali, canaikan doh dan goring dalam minyak panas tetapi api yang kecil.
  5. Siap untuk disediakan.
 Kredit Resipi: Suhaira Iznie Ismail


2# Resepi Roti Puri Mudah dan Sedap dengan Yis

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis (Atul guna yis Mauripan)
1  sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas

Cara memasak

  1. Gaulkan ke semua bahan-bahan kecuali air.
  2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air panas, gaul rata, dan uli sehingga doh tidak melekat ditangan (Tidak perlu habiskan air jika doh sudah okay)
  3. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong dan ketepikan. Biarkan doh rehat selama 15 - 30 minit.
  4. Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek.
  5. Akhir sekali, goreng dalam minyak panas tetapi api yang kecil.
  6. Siap untuk disediakan. 
Kredit Resipi : cik puan julieta


Tip untuk memasak roti puri viral ni

👉 Ketika mencanai / lenyekkan doh, pastikan tidak terlalu nipis. Kalau nipis nanti, tak berapa nak jadi kembong. Jadi melecur je. Silap-silap kempis je nanti hehe Tapi bila kempis rasanya macam keropok. Rangup je.

👉 Ketika menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas. Tapi api kecil. Kalau besar api nanti, hangit pula hehe

👉 Ni paling penting, untuk jadikan roti puri kembong macam belon, ketika menggoreng, perlu curahkan minyak ke atas roti tadi, baru elok naik kembong roti puri. Nah tengok video yang cun ni ha ha 😆



Okay, itu je tip untuk memasak roti puri ini.

Selesai menggoreng, boleh lah cicah dengan sambal ikan bilis, kuah sardin, dan kuah kari. Nyum..Nyum...

Resipi Roti Puri Mudah dan Sedap

Resipi Roti Puri Mudah dan Sedap

Menu roti puri sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja, terutamanya pada waktu sarapan, dan minum petang.

Selamat memasak roti puri semua :)


3 comments:

  1. Tq Atul share resepi.

    Ada 2 eh. Dgn yis dan tanpa yis. Nak cuba buat jugak tanpa yis tu nanti.

    Ouh tak leh canai nipis sangat. Masa goreng tu kena "mandikan" roti tu ek. Maknanya yang berada di sebelah atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nipis2 nanti jadi keropok. Tak bape nak jadi belon hehe

      betul tu, mandikan yang sebelah atas, nanti yang atas tu yang akan jadi kembong. (baru up video, sorry lambat sikit) hehe

      Delete
    2. Hehe. Ada dah video sekali. Faham 🤤

      Delete