Cara Memohon KWSP Melalui i-Lestari & Semakan Permohonan | Pada Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yasin telah membuat satu pengumuman berkaitan dengan caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang selama
ini dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Dalam pengumuman itu, Perdana Menteri telah mengatakan
kepada semua pencarum bawah usia 55 tahun, dibenarkan membuat pengeluaran
caruman akaun dua KWSP berkuatkuasa pada 1 April 2020. Kiranya dah boleh mohon la sekarang ni jika anda belum buat permohonan. 😊
Pengeluaran ini perlu dilakukan menerusi i-Lestari dan
tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan sahaja. Tujuan inisiatif
pengeluaran ini adalah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat
semasa musim CoVID-19 ini.
Orang ramai TIDAK PERLU pergi ke pejabat atau cawangan KWSP
berdekatan, memandangkan kini negara kita sedang melakukan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan demi
menyekat penyebaran wabak COVID-19 ini, pejabat dan cawangan KWSP juga tutup dan kita diminta untuk patuh arahan
kerajaan.
Jadi, hari ini Atul nak kongsikan cara-cara memohonan pengeluaran
caruman akaun dua KWSP melalui i-Lestari bagi mereka yang layak membuat
permohonan
Cara memohon pengeluaran KWSP melalui i-Lestari
Sila baca dan fahami info penting sebelum meneruskan permohonan
1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran KWSP
Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.
1. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit, dan tekan SEMAK.
3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.
Layari https://ilestari.kwsp.gov.my untuk membuat pengeluaran sekarang ATAU imbas kod QR (rujuk gambar) dibawah
Okay, itu sahaja. Semoga entry ini dapat membantu proses permohonan pengeluaran akaun 2 caruman KWSP anda.
-mizzatul-
Dah mohon, tak tahu lulus ke tak 🤪🤪🤪
ReplyDelete