Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah | Tahun ini bakal menjadi sejarah dan kenangan yang sangat bermakna buat kita semua kerana seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena penularan wabak COVID-19.

Pengisytiharan PKP oleh kerajaan Malaysia ini telah berlangsung sejak 18 Mac 2020 lagi. Sempena musim PKP ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa, melaksanakan penjarakan sosial dan juga semua aktiviti berkumpulan perlu dihentikan buat sementara waktu termasuk aktiviti keagamaan bagi menyekatkan penularan wabak.

Bersempena dengan kehadiran Ramadan al Mubarak ini, walaupun solat terawih tidak dapat dilaksanakan di masjid seperti bulan Ramadan sebelum ini, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat tarawih bersama keluarga di rumah dan kediaman masing-masing.

Jadi, disini Atul kongsikan panduan mengerjakan solat Terawih dirumah yang boleh diketuai oleh para suami atau ketua keluarga bagi mengimarahkan rumah dan kediaman masing-masing dengan kedatangan bulan Ramadan al Mubarak ini.


Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


Panduan Mengerjakan Solat Terawih Bersama Keluarga Di Rumah

Latar Belakang Solat Tarawih

  • Pensyariatan : Khusus di malam bulan Ramadan.
  • Hukum : Sunat Muakkad (yang sangat dituntut).
  • Bilangan rakaat : Kelaziman di lakukan di Malaysia sebanyak 20 rakaat atau 8 rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.
  • Cara pelaksanaan: Boleh dilaksanakan secara munfarid (bersendirian) namun, lebih utama dilakukan secara berjamaah. Sunat beristirehat sebentar setelah selesai setiap empat rakaat.
  • Waktu pelaksanaan : Setiap malam sepanjang bulan Ramadan, selepas menunaikan solat Isyak sehingga sebelum masuk fajar (waktu subuh).
Dalil pelaksanaan : Sabda Nabi SAW :

 مَنْ صَْامَْ رَْمَضَانَْ إِْيمَانًا وَْا حتِسَابًا غُْفِرَْ لَْهُْ مَْا تَْقَدَّم مِنْ ذَْ نبِهِ

Bermaksud : “ Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu ”.

  • Rukun solat : 13 rukun ( qauli, fi’li dan qalbi) seperti rukun solat yang lain
  • Syarat sah : Seperti syarat sah solat yang lain

Saranan sebelum melaksanakan solat terawih di rumah:

Dianjurkan kepada seluruh ahli keluarga melaksanakan solat fardu Isyak dan solat sunat
terawih secara berjemaah di rumah dan kediaman masing-masing dengan mengatur langkah
seperti berikut:
  1. Sunat melaungkan azan di rumah (sunat kifayah bagi solat berjemaah dan sunat ainiyah bagi solat bersendirian)
  2. Melaksanakan sunat Isyak Qabliah
  3. Sunat melaungkan Iqamah untuk solat Fardu Isyak (sunat muakkad bagi semua solat fardu)
  4. Solat Isyak secara berjamaah
  5. Berdoa bersama-sama
  6. Melaksanakan solat sunat Isyak Ba’diah (rawatib)

Tatacara (kaifiat) solat Tarawih sebanyak 20 rakaat

1. Anjuran untuk mengalunkan seruan melaksanakan solat tarawih seperti tarawih seperti:
 الصَلاَةُْ جَامِعَة  (marilah solat secara berjemaah)

2. Lafaz Niat solat sunat terawih bagi imam dan makmum:

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

3. Bacaan Surah Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat Terawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dibolehkan membaca surah-surah yang pendek kerana solat sunat jika dilakukan secara berjemaah dianjurkan meringankan bacaan serta disesuaikan dengan keadaan makmum.

4. Bagi malam pertama sehingga 15 Ramadan

Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takathur hingga surah al-Masad. Susunan surah-surah yang dibaca selepas membaca Al-Fatihah di setiap rakaat pertama adalah seperti berikut:

👉 Surah At-Takathur

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

👉 Surah Al-Asr

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Al-Humazah

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Al-Fil

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Quraisy

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Al-Ma’un

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Al-Kauthar

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Al-Kafirun

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah An-Nasr

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Surah Al-Masad

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


Kemudian, pada tiap-tiap rakaat kedua hendaklah dibaca surah al-lkhlas:

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


5. Bagi malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

6. Bacaan doa selesai solat Terawih

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Ertinya;


“ Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! jadikanlah kami orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajibAn-kewajiban terhadap-Mu, yang memelihara solat, yang mengeluarkan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunAn-Mu, yang berpegang pada petunjuk, yang berpaling daripada kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akhirat, yang reda dengan ketentuan, yang bersyukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas segala musibah, yang berada di bawah panji-panji Junjungan kami, Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi Muhammad SAW) yang masuk ke dalam Syurga, yang selamat daripada Neraka. Yang duduk di atas pangkin kemuliaan, yang menikah dengan para bidadari, yang mengenakan berbagai sutera ,yang makan makanan Syurga, yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat daripada para nabi, siiddiqin, syuhada dan orang yang soleh. Mereka itulah teman yang terbaik. Itulah keutamaan (anugerah) daripada Allah, dan cukuplah bahawa Allah Maha Mengetahui.

Ya Allah! jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkahi ini tergolong dikalangan orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dikalangan orang yang celaka dan ditolak amalnya, Semoga Allah mencurahkan rahmAt-Nya atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan sahabat Baginda semuanya, berkat rahmAt-Mu, oh Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam ”.


Bacaan selawat selepas setiap 2 rakaat Solat Tarawih 20 rakaat.


Pertama:
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

Kemudian:
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

Seterusnya:
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Kemudian;
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Seterusnya;
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Kemudian bacaan Imam;
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Seterusnya;
Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

selesai bacaan doa solat sunat terawih hendaklah melaksanakan solat sunat Witir.

Melaksanakan Solat Witir Selepas Solat Terawih

Selepas solat Terawih, hendaklah melaksanakan solat witir sebanyak 3 rakaat, 2 salam

1, Melaksanakan solat Witir 2 rakaat

a) Lafaz niatnya pada dua rakaat pertama:

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
b.) Bacaan selepas Surah Al-Fatihah :

👉 Rakaat pertama: Surah Al-A’laa

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


👉 Rakaat kedua: Surah Al-Kafirun

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah


c) Akhiri Salam


2. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan solat Witir 1 rakaat

a) Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah pada rakaat terakhir, adalah ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu :
👉 Al-Ikhlas;
👉 Al-Falaq;
👉 An-Naas

b) Disunatkan membaca doa qunut pada rakaat yang terakhir selepas malam yang ke 16 sehinga akhir Ramadan. Lafaz qunut seperti doa qunut ketika dibaca diwaktu subuh. Jika tertinggal maka, disunatkan sujud sahwi.

3. Membaca doa selesai daripada solat witir;

Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah
Ertinya:

“ Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyu', kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar, kami memohon kepada-Mu amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu agama yang lurus, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak, kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu syukur atas kesihatan, dan kami memohon kepada-Mu terkaya daripada semua manusia. Ya Allah! Tuhan kami, Terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyukan kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Dzat yang Paling Penyayang diantara para penyayang. Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik makhluk-Nya, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya semua, dan segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam”.


Akhir sekali, hendaklah melaksanakan solat sunat dengan menjaga rukun-rukun solat, memelihara sunat dan adab bersolat serta khusyuk dan tidak tergesa-gesa.

Baca juga: Panduan Solat Sunat Terawih 8 Rakaat di Rumah

Peringatan :
Kepada para suami dan ketua keluarga adalah diharapkan dapat istiqamah (konsisten) dalam mengimarahkan rumah dan kediaman dengan kedatangan bulan Ramadan al Mubarak ini. Disamping melaksanakan kepelbagaian ibadat solat maka, dianjurkan meluaskan kehadiran rahmat Allah SWT dengan membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Sumber daripada :
Jabatan Mufti Negeri Perak

Semoga perkongsian panduan mengerjakan solat sunat Terawih ini mempermudahkan kalian melaksana solat sunat Terawih bersama-sama keluarga tercinta dirumah sempena musim PKP ini.

1 comment:

  1. bukan alasan utk tak buat solat tarawih dgn keluarga kan...good sharing Atul

    salam jengah dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete