19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

19 Resepi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan | Memandangkan hari ini adalah hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia, tambahan lagi puasa kali ini diraikan tanpa adanya bazaar Ramadan akibat perintah kawalan pergerakan sempena Covid-19. Mesti ibu-ibu jenuh berfikir apakah menu berbuka puasa yang hendak dimasak setiap hari.

Jadi, entry kali ini Atul ingin kongsikan 19 resipi mudah dan sedap yang boleh ibu-ibu masak setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.


19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

19 Resipi Mudah dan Sedap di Bulan Ramadan

1# Resipi Ayam Bakar Madu Sedap

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan: Perap Ayam Bakar Madu
  • 10 kepak ayam *****
  • 8 ulas bawang putih*
  • 2 sudu cili kisar*
  • 3 sudu sos cili*
  • 2 sudu cuka*
  • 1 sudu kecil garam*
  • 2 sudu gula merah*

* Semua bahan dikisar.

***** Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley


Cara Memasak
  1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.
  2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.
Resepi Asal: Shalimar Yusof

2# Resipi Ayam Goreng Kunyit Berlada

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan
  • Ayam 👉 Garam dan kunyitkan, kemudian goreng.
  • Bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau 👉 Dikisar halus.
  • Kacang panjang 👉 Potong panjang-panjang sesedap mata memandang.
  • Halia 2cm 👉 ketuk skit
  • Asam keping

Cara Memasak
  1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.
  2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!
  3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula 😋.
  4. SIAP!
👉 Banyak mana bawang ke, cili ke.. Bergantunglah kepada banyak mana ayam kita ada.
👉 Banyak mana sambal yg kita nak. Bebas.
👉 Tak terikat sangat la dengan jumlah bahan. Sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak 😃.

Resepi asal: Adianiez 


3# Resipi Ayam Goreng Kicap Madu

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan


Bahan bahan
  • 6 ketul ayam
  • 4 sdb madu
  • Kicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)
  • Secubit garam

Cara Memasak
  1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.
  2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.
  3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.
  4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar di atas.
Resepi Asal: Mimi Azirah

4# Resipi Ayam Percik 

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)
  • Segenggam cili kering (di rebus) *
  • 2 inci halia *
  • 3 batang serai *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang besar (merah) *
  • 3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)
  • 1 kotak santan pekat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air sekadar perlu

Cara memasak
  1. Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak.
  2. Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
  4. Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air
  5. Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati 
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)
  7. Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik
Resepi Asal: Siti Awadah

5# Resipi Kerabu Kaki Ayam 

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan - bahan 
  • 2 batang serai
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
  • 1 biji tomato
  • 1 batang lobak merah kecil*
  • 3 helai daun limau purut ( tak letak )
  • secekak daun ketumbar
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula
  • 2 sudu sos ikan
  • Sos tiram

Cara Memasak
  1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
  2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.
  3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
  4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
  5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
  6. Hidang segera.
Link asal: Wani Sukarno 

6# Resipi Telur Bistik

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan
  • 2 biji Telur
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 1 sudu cili paste
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • Sedikit isi ayam dipotong dadu
  • *mixed vege
  • * cili benggala potong nipis
  • Garam
  • Cukup rasa

Cara memasak
  1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.
  5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.
  6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap dah u olss.
* sapa yang suka pedas boleh la letak cili padi. Aku tak letak pun tadi sebab malas.

Resepi Asal: Alia Farhan

7# Resipi Siakap Stim Limau

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan
  • Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekor
  • Daun Ketumbar 
  • 5-6 biji lada (nak pedas boleh letak lebih)
  • 4 Bawang putih
  • 1 biji lemon
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak
  1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.Perasakan garam dan gula.
  2. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu
  3. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak
  4. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp
Resepi asal: Siti Rohaida

8# Resipi Sup Fishball dan Fishcake

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan
  • Ikan bilis segenggam dibasuh
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah sebiji
  • Halia
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula

Cara memasak
  1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).
  3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit.
*kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.

Resipi asal: Marina Bashah 

9# Resipi Peria Katak Goreng Telur

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan


Bahan-Bahan
  • Peria Katak – 3 Biji
  • Bawang Merah + Putih – Tumbuk
  • Ikan Bilis – Option Kalau tak letak pun boleh
  • Cili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblender
  • Perasa
  • Telur – 1 biji

Cara-Cara
  1. Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
  2. Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak.
  3. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.
  4. Kacau sekata dan masukkan bahan perasa.
  5. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.
Resipi Asal: Ummi Zarra

10# Sosej Telur Hancur

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan
  • Minyak masak (sedikit)
  • Mentega
  • Sosej
  • Bawang merah (hiris)
  • Cili padi
  • Telur
  • Sos cili

Cara Masak
  1. Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya)
  2. Tumis sehingga nampak kekuningan
  3. Akhir sekali masukkan sosej dan sos cili.
  4. Jangan lupa perasa, garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win. 
  5. Selesai.
Resipi Asal: Yatie Owner

11# Kerabu Suun 

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan
  • Suun (rendam dengan air panas dan tos)
  • Ikan bilis ( basuh, tos dan goreng)
  • Cili padi (hiris)
  • Kacang tanah (disangai atau digoreng)
  • Serai (hiris)
  • Bunga kantan (hiris)
  • Bawang besar (hiris)
  • Batang seleri (hiris)
  • Daun bawang (hiris)
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)

Cara Penyediaan

  • Gaulkan semua dalam mangkuk besar dan hidangkan.

Nota
  1. Kuantiti setiap barang ikut selera masing-masing. Kalau Liez suka ikan bilis, bunga kantan, bawang besar dalam kuantiti banyak.
  2. Cili padi ikut kepedasan selera masing-masing.

Resipi Asal: Mrs. Liez

12# Bihun Goreng Simple Resipi Mak Mertua

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan
  • Bihun (kuantiti terpulang) **Rendam sampai lembut**
  • Minyak (untuk menumis)
  • Ayam/Udang/Sotong (Goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan)
  • Bawang Merah (Potong-potong Kecil)
  • Bawang Putih (Potong-potong Kecil)
  • Cili Kisar (1 sudu besar) (Nak pedas, lebihkan)
  • Sos Cili (1- 2 sudu besar)
  • Kicap (1- 2 sudu besar)
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak
  2. Masukkan pula cili kisar..Biar sampai naik minyak / masak
  3. Bila cili dah masak,  masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula..Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut
  4. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yang dah digoreng tadi, Gaul bagi sekata.
  5. Kalau ada sayur, letak kan sekali..Dan diikuti dengan bihun
  6. Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun..it's done...)

Resepi asal: Fieza Sani

13# Koay Teow Th'ng

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)
  • 2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
  • 2 belah dada ayam
  • 1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
  • 1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
  • 300 gram gula batu
  • 10 cm halia
  • 1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
  • Ajinamoto
  • Garam - secukup rasa
  • Gula
  • Minyak Masak
  • Bawang putih - 3 labu
  • Cili boh - 1 bungkus kecil
  • Daun bawang - di hiris halus
  • Taugeh - di celur
Cara Memasak

Sup Manis
  1. Panaskan 3-4  liter air.
  2. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya.
  3. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... Bolehlah tutup api dan tos dada ayam.
  4. Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng
  • 3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil.
  • Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Tip
  1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.
  2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.
  3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.

Sambal Sup
  1. Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak.
  2. Masak cili sehingga garing.
  3. Hidangkan dalam bekas hidangan

Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:
  1. Koay teow yang telah di celur
  2. Ayam yang telah di racik
  3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
  4. Taugeh yang telah di celur
  5. Sambal sup
  6. Minyak bawang putih
  7. Daun Bawang
Resipi Asal: Yati Zul

14# Kuay Teow Laksam

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-bahan
  • 3 paket kuay teow 
  • 1 kg ikan kembung atau sardin
  • 2 cawan santan pekat 
  • 10 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 2 batang serai - ketuk 
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 keping asam keping 
  • Garam 
  • Gula secukup rasa.

Cara Memasak
  1. Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam. 
  2. Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
  3. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Bahan-Bahan: Sambal belacan:
  • Cili padi
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Cara-cara:
  1. Tumbuk atau kisar pun boleh.
  2. Selepas tu gaul sebati.
  3. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.

Bahan-Bahan: Ulam
  • Kacang panjang 
  • Daun kesum 
  • Timun batang 
  • Bawang besar
  • Bunga kantan
  • Kubis

Cara-cara:
  1. Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis.
  2. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jelah... hihi!
Link asal: Noor Akma

15# Mee Kari

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan - 1
  • Minyak untuk menumis
  • 1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

Bahan-bahan - 2 
  • 100 gram serbuk kari daging - dicairkan
  • 1 Biji santan kelapa
  • 5 biji buah tomato
  • 10 biji telur

Bahan-Bahan - 3
  • Fishcake - dihiris
  • Fishball - dibelah empat
  • Daging kembu dihiris
  • Daging ayam dihiris
  • Udang - dibuang kulit
  • Sotong - dihiris
  • Ubi Kentang - Option, tak letakpun tak apa
  • Sedikit garam

Bahan-Bahan - 4
  • Mee kuning - dicelur
  • Sayur sawi - dicelur 
  • Buah limau kasturi
  • Taugeh - dicelur
  • Tahu goreng - dihiris nipis
  • Lada Hijau / Lada merah - dihiris
  • Daun sup - dihiris
  • Bawang goreng
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.
  2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.
  3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok.
  4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.
  5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.

Resepi Asal : Cik Nani


16# Cucur Kentang Simple

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan


Bahan-bahan
  • 250 gram tepung gandum
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil 
  • Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • 200 ml air - lebih kurang
  • Sedikit air panas
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak
  1. Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam.
  2. Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu.
  4.   Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu. 
Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler. 

Resepi Asal: Ape Kinah

17# Resipi Kek Pisang Sukatan Cawan

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan
  • 5 biji pisang emas
  •  ¾  cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung
  • Secubit garam
  • 1 camca esen vanilla

Cara Memasak

  1.  Letakkan pisang ke dalam pemutar.
  2. Kemudian letakkan gula dan telur yang dicampurkan dengan minyak masak
  3. Selepas itu, masukkan tepung dan gaulkan
  4. Bakarkan ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  5. Bakar selama 40 minit

Tips tambahan

  • Boleh tambah 1 sudu soda bikarbonat dan 1 sudu baking powder
  • Gantikan minyak masak dengan melted butter pun boleh
  • Kalau korang nak guna brown sugar pun boleh ataupun gula kastor.
Resipi Asal: Siinurul

18# Kek Pisang Coklat

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan


Bahan-bahan
  • 10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum *
  • 3/4 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh serbuk penaik *
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap   kemanisan masing-masing
  • 1 cawan minyak jagung atau minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan

👉 Yang bertanda * perlu diayak bersama


Cara Memasak
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C
  2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.
  3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
  5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).

Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar. Sedap dan puas sangat hahaha

Resipi asal: Maisarah Sidi

19# Agar-agar Cermin

19 Resipi Mudah Dan Sedap Di bulan Ramadan

Bahan-Bahan
  • Agar-agar serbuk (warna white/clear)-KG guna 2 paket
  • Air secukurpnya
  • Gula secukupnya
  • Susu/santan
  • Pewarna ikut kesukaan
  • Daun pandan( masak bersama air supaya wangi agar-agar tu)

Cara-Cara
  1. Masak sepaket agar-agar tanpa meletakkan kaler..lepas masak bahagi la kepada 3 bahagian atau dua. Dan letak la pewarna yang kita suka. Biarkan keras baru di potong-potong ikut saiz yang kamu suka.
  2. Kemudian masak sepaket lagi agar-agar, kali ni letak susu atau santan...Ops jangan lupa gula ya (yang berkaler 3 bahagian tadi tu kalau korang nak bagi rasa manis terpulang la...)
  3. Sudah masak..letaklah atas talam ke atau mana-mana bekas yang kamu mahu..
  4. Then tabur la itu agar-agar berkaler2 tadi.
  5. SIAP.
Resipi Asal: Kak Gojes


Selamat Memasak 😍

3 comments:

  1. Terliur pula tengok hidangan-hidangan tu!
    btw, saya singgah dan follow ya.
    Jemput melawat blog saya jika berkelapangan! :)

    ReplyDelete
  2. banyak nye juadah . boleh try 1 per 1

    ReplyDelete
  3. omg sedapnyaaaa. semua ni buat rindu bazaar ramadan tau

    ReplyDelete